Followers

Luahan hati

setiap sudut aku nenjadi layu dan kaku bila teringat akan kerenah mu , tersenyum aku sendiri bila terkenang raut wajahmu, biar tidak secantik mana paras rupamu, asalkan niat hatimu ikhlas untuk menerima segala kelemahanku,

aku mengharap satu kepastian yang datang , aku mengharap satu kebahagiaan pada hari yang mendatang, aku mengharap satu keajaiban akan datang, demi masa depan kita berdua,

suatu saat engkau pasti akan faham akan kemahuanku,faham situasiku, faham akan apa inginku dengan hubungan ini,

Wahai sayangku , engkau lah pembakar semangat yang sudah jauh terpisah dari jasad, kau ibarat membangunkan aku dari tidur lena ku, kau jua lah yang telah membangkitkan aku dari terus terjatuh dari duniaku yang hampir rapuh diulit perasaan kecewa,

Aku mengharap kaulah yang terakhir bagiku, kau jugalah akan menjadi semangat dan kebahagiaan untuk ku bukan sahaja untuk sekarang tapi untuk selama lamanya.

No comments: