Followers

tika Dan Saat Ini........

Tika dan saat ini..
Takde saat2 nyee kan ??
Dua Hari berturut-turut aku gase macam nak maki orang.
Korang nak tahu kenapa ?
Jom aku mulakan cerita.

Scene :-

Aku hanya lah seorang kerani koordinator yang sangat sempoi ..
Korang nak tahu kenapa ? Aku takan merungut kalau bos @ manager acc aku bagi kerja menimbun kat atas meja aku.
Sikit pun takan aku merungut . Walaupun dia takan bagi apa-apa penghargaan sekali pun. Aku tak de lah nak mengharap penghargaannye tu cuma minta lah die boleh bertimbang rasa yang aku ni punyai tulang empat kerat yang belum tentu kuat nak buat kerja..

Tetapi semalam bersamaan dengan 24 Mei 2012.. Pada pukul 4 petang rasanya aku .
Satu kejadian muncul dengan menjadikan aku seorang yang sangat murah dengan tangisan yang tak berhenti selama 1 jam.. Gilakan ??

Naik bengkak mata aku . Nasib baik lah aku tak ber_make up ke office semalam..
Haihhh.... 
Aku tak tahu mana silap. Aku cuma minta number direct phone supplier je.. Sebab bende tu pun diaorang yang minta aku tolong settlekan.. Tiba2 die nak melenting marah-marah aku , apa celup nek !!!

Mari ikuti sesi perbualan di bawah :-

AKU : Ms *** saya nak direct num phone bla3333 ada tak ?
MT : You ni kan, I dah bagi dah sebelum ni , I tak suke lah macam ni , minta berulang kali.
         I tengah busy mcm ni (busy lah sangat setakat nak buat catwalk dengan rambut yang baru lepas g 
         saloon, dah bertahun tak basuh gaknye.)
AKU : Sebelum ni Ms *** bagi emel sahaja takde bagi direct phone dy..(dengan nada sabar dan slow)
MT : Jangan cakap macam tu , I tahu I dah bagi you dah salin dah .. I tahu .. (dia ulang lagi ayat dia di atas)
AKU : Tak ada , sebelum ni saya hanya dapat email then saya just berhubung melalui Office number sahaja 
            (aku ulang lebih dari tiga kali)
MT : (Sambil bagi bukunya, dia merungut lagi)
AKU : ( Ambil buku die dan salin , bagi balik dengan pandangan yang agak menjeling)(** dalam hatiku macam 
             nak maki jek orang tua ni haihh.. sabar2!)

Aku senyap dan air mata berjujuran , 1st time aku tak melawan sebab aku letih sangat melayan kerena perempuan tu . Bajet bagus jek .. terus aku senyap tak tegur dia.. dan memang tak lah aku tegur-tegur dia lagi , kau nak berhentikan aku ,, buat lah kalau berani .. Aku tak kisah, tapi jangan sampai aku yang saman kau.. Sebab banyak system dalam syarikat ni memang tak betul.. Aku kalau jahat sangat , aku takan buat segala tender kau .. Takde masa aku melayan dengan gaji yang sikit .. keje banyak haihhh sakitnye hati kuu !!!!!!!!!!!!!...

25minit kemudian:-

MT : (menepuk bahu aku tak minta maaf cuma cakap dia takde marah aku)

** Aku tak fikir kau marah aku tapi aku terasa kau sangat keterlaluan , sebab SALAH AKU KE , TAK ADA NUM SUPPLIER sedang kan SUPPLIER tu yang selalu deal dengan die dan dia..
Tapi aku lega bila dia keluar dari office.
 situasinya begini : -

maaf kerana agak kabur gambarnya
(sekadar hiasan semata)

Then aku rasa boss tahu , terus dy bagi advance kat aku . Haihhhh..

** Itu sahaja untuk kali ni . Kite berjumpa dengan lembaran yang akan datang ..
Maaf jika tidak menarik. aku nak meluah sahaja :-





No comments: