ak sdar bahawa ayatku yg trsusun rapi taark disukai..ade ak kisah keerk?neh blog ak ukeyh, kalau kao yang di sane taark suka just go!neh yg kao sllu bgithu follower atau visitor kao yg mlwat blog kao tuh kan.perluka ak tukr setiap ayat dan perkataan dalam blog ak neh menjadik ayat sastera yg pernah ak belajar dahulu?klau tuh yg kao mhukn bule sajeh ak bt untuk kao yg di sane.sebab ak tahu kao yg akan sllu dtg ke blogku ini bukan????.jadik, mari kiter mulakn.
aku di sini menyentap kau
aku tahu penulisanku sebelum ini cukup menyentap kau sampai kau telah melanggar prinsip kau yang pernah kau hebarkan,bahawa kau tidak akan buat onar di blog orang.tetapi adakah penulisanku tentang blair witch itu 100% atau 50% atau mungkin 1% tentang kau?perlukah aku memberitahu di sini?mungkin perlu bagi kau.jadi dengan tidak segan silu dengan sopannya aku memberitahu ianya bukan tentang kau yang di sana.kau tidak pernah tahu apa yang terjadi terhadap diriku, jadi kau tidak perlu perasan atau mengatakan aku sedang mengutuk, mengeji atau mengejek kau yang di sana.entriku itu tidak ada kaitan dengan kau.seperti yang telah ku katakan ini blogku jadi mungkin juga seperti kau yang suka meluahkan perasaan di blog sendiri.jadi, kenapa kau mahu perasan ya?
kau yang di sana tersentap
kau mengatakan tentang melenting.kau katakan bahawa kami melenting apabila entri kau kian hari menjadi tempat rasmi untuk kau meluahkan perasaan dengan mengutuk, mengeji, dan mencarut orang yang sedang membuat kau marah.pernahkah kau perasan yang selama ni kau yang suka melenting di blog kau sendiri.kau asyik menafikan apa yang kau telah lakukan, sebab kau saja yang betul.ya, memang kau sahaja yang betul.semuanya kami salah, dari awal kau sahaja yang betul.tapi ingat itu semua dari dunia kau sendiri.dan inginku katakan kepada kau, bahawa kau sedang berpijak di bumi yang nyata.jangan fikir kau saja yang tinggal di bumi ini.mungkin entriku yang kedua selepas blair witch juga jadi isu buat kau.aku mengaku memang itu aku buat untuk kau.kalau kau boleh meluahkan perasaan tak puas hati kenapa tidak aku ya?kau mahu print skrin buat kenangan pun aku izinkan sebab itu sememangnya untuk kau yang di sana, bukan untuk sesiapa.
sentapan kau buat kami bersuara
aku mengaku dengan kau, entri yang dibuat khas untuk kau itu dibuat oleh kehendakku sendiri.tidak perlulah kau nak kata aku dan adik beradikku sama sahaja kerana sememangnya kami sama.kami keluar dari perut yang sama itu telah mengukuhkan kata-kata kau yang mengatakan kami sama sahaja itu.tapi ingat sekali lagi kau bukan tinggal seorang sahaja di bumi ini.setiap gerak geri kau dipandang dan dinilai, setiap perkara yang buruk kau dikritik begitu juga perkara baik yang kau lakukan.semuanya tidak lepas dari mata orang.aku tahu kau juga melakukan benda yang sama.mengkritik perbuatan orang kerana kau fikir kau sahaja punyai kehidupan yang indah.tak begitu?
p/s ini juga untuk kamu...
No comments:
Post a Comment