Followers

Tragedi malam rabu..

Pada hari selasa yang lepas aku bersama kawan-kawanku merancang untuk membuat study group sempena persediaan hari kuiz sastera dan pendidikan islam yang bakal guru-guru kami sediakan.. Aku merancang agar aku mudah untuk belajar dan berjumpa bersama group aku untuk berbincang.. Tetapi rancangan aku pada malam itu dah tukar oleh sahabat rapatku M(bukan nama sebenar). Dia merancang untuk berjumpa dengan lelaki misteri yang bernama Muhammad Ikmal Muazam.. Agak kelakar nama itu aku cuma mampu tergelak sinis agar tidak mengecilkan hati M.. Tapi aku berasa agak kegelisahan apabila terfikir yang ada benda buruk akan berlaku untuk merosakkan mood kami pada malam itu.. Aku tidak mampu untuk memberitahu M sebab lelaki misteri itu adalah couple baru M.. sebagai seorang teman rapat aku hanya bersetuju untuk menemani M.. Tetapi lelaki misteri itu hadir agak lambat dan aku berasa amat menyakitkan hati bila menanti ibarat menanti buah tembikai gugur dari pokok.... Sewaktu aku dan teman aku atau monitor class aku menanti lelaki itu di bilik gerakan tempat kami berkumpul aku sempat bergurau dengan A (bukan nama sebenar), apabila terpandang yang A menyusun motor-motor kawan-kawan kami mengikut aturan yang teratur.. Aku hanya tergelak memandang A.. Tetapi Hati aku terkejut apabila aku tenampak susuk tubuh seorang lelaki bermotor yang aku kenal sedang berborak dengan sekumpulan perempuan yang aku sendiri meluat dengan gelagat mereka.. Aku mengelarkan mereka golongan perempuan yang agak KUNO.. ini kerana mereka hanya memandang kecantikan dan berlagak je.. Tapi kenyataan mereka tidak gemar dengan pelajaran kerana pernah menganggap diri mereka lagi pandai dari aku.. Aku mengaku kelemahan diri aku.. Tapi aku berasa agak kecil hati apabila selalu di sindir dan di herdik ibarat aku tiada perasaan.. Aku hanya mampu bersabar kerana aku tidak mahu ini mengakibat satu kesan yang amat buruk terhadap diri aku kelak.. Aku hanya diam dan beralih pandangan semula dengan gelagat A.. Gelagatnya membuatkan aku sempat mengambil gambar A dengan menggunakan HP aku..
p/s : A jadi model motor sebentar (huhu saje je buat iklan bersama kit-kat)
Selepas beberapa minit M memberitahu bahawa lelaki misteri itu sudah pun sampai di lokasi kami.. Aku mula syak sesuatu tetapi aku hanya mampu berdiam kerana aku melihat M begitu excited ingin berjumpa lelaki itu.. Tetapi apa pula yang golongan KUNO itu lakukan di tempat sepatutnya lelaki misteri itu berjumpa? agak pelik juga aku rasa tapi aku diam kan diri.. Apabila M memberitahu lelaki itu bahawa M ingin berjumpa di court bersebelahan lokasi kami aku pelik teramat sangat apabila melihat ketibaan golongan KUNO itu.. Aku cuma rasa ingin menjerit kemarahan apabila M dipanggil oleh golongan KUNO itu.. Itu terbuktilah bahawa M sudah tertipu.. Agak lama perjumpaan mereka tapi aku ikutkan sahaja rentak mereka dengan perangai mereka yang agak membosankan aku itu..
(maaf gambar sewaktu kejadian tidak dapat aku ambil kerana teramat benggang)
Habis sahaja perjumpaan M menceritakan bahawa lelaki misteri itu adalah rancangan golongan tersebut.. Aku terkejut dan sedih melihat M menangis di sebelah aku.. Aku faham bahawa M terasa amat malu .. Tetapi aku berasa amat geram dangan tindakan mereka... M mnyatakan bahawa aku akan diserang juga tapi aku hanya relax dan call ayah aku untuk ambil aku pulang kerumah.. Keesokkan harinya aku diserang salah seorang ahli golongan tersebut dan dia membuka kitab lama untuk memarahi aku.. Aku berasakan yang dia hanya ambil kesempatan untuk memarahi aku.. ayat kasar untuknya BODOH!!.. Aku hanya membidas dengan ayat sinis untuk dia.. Aku terfikir kenapa dia tidak dia terfikir bahawa pergaduhan yang lepas-lepas dialah puncanya.. So stupid!! Aku mula untuk menyusun strategi agar berhati-hati kerana mungkin aku akan diserang lagi.. tapi aku cuma mampu kuat untuk menghadapinya.. cerita ini mungkin ada penyambungnya tetapi mungkin akan datang.. sekarang aku hanya mampu bersabar menahan kesakitan hati ini..
(kepada golongan KUNO.. pesanan untuk kamu semua aku mungkin tidak mampu maafkan kamu semua kerana aku bukan nabi yang mampu memaafkan umatnya apa yang korang buat dekat aku selama tiga tahun berturut-turut akan aku simpan di hati dan kamu semua hanya patut sedar diri dan keadaan masing-masing Jangan sangka kamu semua sudah cukup bagus untuk menjadi yang terbaik di khalayak ramai.. fikir juga kadang kala orang di sekeliling kamu semua pandang hina terhadap kamu dan jangan sangka kamu akan selalu di atas!!)

No comments: